Jumaat, 18 Mac 2011

wahai asshabab

Wahai asshabab (pemuda),
Laksanakan lah tanggungjawabmu,
Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,
Bukan untuk kamu cercai.

Sedarkah asshabab...
Bahawa wanita itu selembut kapas,
Biarpun kelihatan seperti buluh,
Namun engkau tidak tahu hakikatnya...
Hakikatnya asshabab...
Apabila kau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tidak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik ,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui..
Namun kini,
Asshabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,
Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan sahaja tidak menegurnya,
Malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya...
Sedarlah wahai asshabab...
Tangunggjawabmu amat besar terhadap wanita,
Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama...
Duhai shabab..
Sesungguhnya, kekuatan agama Islam,
Terletak ditangan mu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal...
Oleh itu,
Jagalah agamamu agar terbentuk,
Islam yang sebenar.

rawatlah hatimu...






Ingin ku didik hati ku dengan sifat daripada sepohon pokok,
Ingin ku semaikan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh sepohon pokok,
Ingin ku tabah seperti sepohon pokok,
Ingin ku mengadu kesedihanku kepada Allah,
Kerana Allah jua yang mempunyai kuasa ke atas hati manusia.

Ingin ku contohi sifat sepohon pokok,
 Yang tidak menyimpan dendam dan benci,
Ingin ku balas kekejaman dengan kebaikan,
Tetapi mampukah aku untuk berbuat demikian.

Hatiku tidaklah setabah sepohon pokok,
Hatiku tidaklah semurni sepohon pokok,
Hatiku tidaklah seindah budi pekerti sepohon pokok.
Namun  yang pasti,
Aku akan mencuba untuk mencontohi sifat sepohon pokok itu.




Ya Allah,
Ampunilah dosa kami,
 Kedua ibu bapa kami,
Dan kaum muslimin sekalian,
Berkatilah kami.
Bukakanlah pintu hati kami ke jalan-Mu,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Tetapkanlah hati kami,
Dengan kalam-Mu Al-Quran dan sunnah Rasul-Mu,
Kami bermohon padaMu,
Hanya Engkaulah tempat kami meminta dan mengadu.
Amin.

AKU yang mereka panggil wanita

AKU yang mereka panggil wanita

keimananku hanya
1. kepada ALLAH
2. Kepada Malaikat
3.Kepada Kitab
4.Kepada Rasul
5.Hari Kiamat
6.Qadak dan Qadar

Akhlakku
1.Mencintai ALLAH
2.Cintai Rasul
3. Bersifat benar
4. Bertaubat
5.Bersyukur
6.Bertaqwa
7.Jauhi takabur

Amalan anggotaku
1. Mengucap syahadah
2. Membaca Al-Quran
3.Belajar Ilmu
4.Zikrullah
5.Menjaga lidah lidah dan anggota
6.Berdoa
7.Beristighfar

Tugas untuk diriku
1.Bersuci
2.Tutup Aurat
3.Solat lima waktu
4.Tidak syirik
5.Membayar hutang
6.Beribadah

Untuk keluargaku
1.Bernikah
2.menjaga hak keluarga
3.hormat ibu bapa
4.mendidik keluarga
5.Bersilaturrahim
6.sayang-menyayangi
7.memberi nafkah


'Setiap orang dilahirkan dengan keunikan-keunikan tersendiri.'

* sekadar untuk pengkongsian....

Bidadari syurga!!!!

Bidadari syurga!!!!



Bidadari!!!
Temanilah resah ku….
Bidadari!!!
Tenangkanlah jiwaku…
Sumpah setia hidup mati selamnya kerna kau isteriku isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku….

Bidadari!!!
Jadilah pendampingku…
Bidadari!!!
Jadilah sang setia…
Kerna cinta…
Cinta suci….
Buktinya tidak pernah sepi..
Sepi dari cubaan yang tak terduga…

Kau umpama bintang utara…
Penunjuk jalan yang terang…
Kau beri harapan saat ku jatuh…
Bagun semula….

Dan berikanlah sakti cinta mu…
Penawar racun berbisa….
Dan ikatan kita…
Cinta abadi hanya di syurga!!!!!

Sabtu, 5 Mac 2011

Berbahagialah menjadi seorang musliamh....


Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.

 
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

Sabtu, 12 Februari 2011

tanggungjawab isteri solehah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Asma binti Ahariyah Fazari telah berpesan kepada
puterinya pada hari pernikahan si anak:

"Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di
mana engkau dibesarkan.
Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan seorang yang belum engkau kenali.
Itulah suamimu.
Jadilah engkau tanah kepada suamimu (taat perintahnya) dan dia akan menjadi langit bagimu (pelindung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya.
Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan dia meninggal kan engkau.
Jangan engkau terlampau menjauhkannya agar dia tidak melupakan dirimu.  Kalau dia mendekatimu, dekatilah dia.
Jika dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik.
Pelihara lah suamimu itu benar-benar, hidungnya,
pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah
kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu
melainkan yg harum.
Jangan pula mendengar melainkan yang enak dan
janganlah dia melihat melainkan yg indah sahaja pd
dirimu."

Meskipun begitu besarnya tanggung jawab isteri
terhadap suami,Rasulullah s.a.w melarang taat dlm hal2
yg menderhakai Allah, misalnya suami menyuruh isteri
mendedahkan aurat atau melayan tetamu lelaki tanpa
ditemani olehnya dan sebagainya.

wassalam....

PERKATAAN YANG BAIK TIDAK MUNCUL DALAM JIWA YANG KOTOR
SEPERTI BIJI BENIH TIDAK AKAN TUMBUH PADA TANAH YANG
GERSANG.


19 keistimewaan wanita



19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis
1.     Doa  wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.     Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.     Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut kan Allah .Dan orang yang takut kan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.     Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

5.     Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.     Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.

7.     Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggung jawab, maka baginya adalah  syurga.

8.     Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawab lah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9.     Daripada Aisyah r.a." Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

 

10.     Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup lah  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuk lah dari mana-mana pun  pintu yang dia kehendaki dengan tidak di hisab.

11.     Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
 

12.     Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W  "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya."
 

13.     Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 

14.     Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15.     Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapus kan darinya 1,000 kejahatan.

16.     Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17.     Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18.     Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.