Selasa, 24 Julai 2012

Mahu tapi tidak bersyukur


Dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM….saya memulakan kembali nukilan saya di dalam blog ini…. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya hati ini untuk kembali meluahkan apa yang terbuku di hati ini… segalanya ku resahkan kepadanya…. Tiada apa yang ingin di katakan melainkan ingin mengucap syukur atas nikmat yang di beri olah Allah S.W.T kerana di beri peluang lagi untuk  beryemu di bulan ramadhan ini… hanya rahmat dan keberkatan dari Nya yang ku pohon agar dapat menambahkan lagi saham untuk dijadikan tiket ke syurga…

aku sadar…aku bukan manusia yang sentiasa sempurna melakukan ibadah serta menjaga adab-abad sebagai seorang muslim….hati terasa kecewa tatkala mengimbau kembali apa yang telah dilakukan pada masa lalu…sayu sedih pilu semua bercampur di dalam hati….hanya satu tempat ku mengadu kasih iaitu menyembah dan mengagunggkan Tuhanku…. Allah…Allah…Allah…terasa hina tatkala datang menyembahnya… ya “Allah aku datang lagi padaMu Ya Allah untuk mengadu dan memohon kepadaMu”…tatkala ini aku merasa sungguh malu untuk berhadap denganNya yang maha Agung lagi Suci….

Terkadang terfikir di benak hati… “Ya Allah inilah hambaMu yang tiada mensyukuri nikmat yang telah engkau berikan padanya ketika dia di waktu lapang dan senang…tetapi apabila dia didalam kesempitan dan kesusahan dia sibuk meminta-minta padaMu…setelah dia mendapatkan apa yang dimahukan dia kembali leka…” Astaghfirullahal’azim….beristighfar pangjang aku di sajadah….air mata mengalir laju bagaikan tidak mampu di hentikan…betapa malunya diri ini pada Sang Pencita….

Sahabat yang di kasihi beringatlah dengan Sang PenciptaMu tidak kira di waktu susah ataupun senang…kerna ianya akan menenangkan hati mu….serahkanlah cintamu padaNya sepenuh hati…