Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum
hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu
sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana
tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku,
kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan
sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai
adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki...
menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr
egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya
wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman
Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan
lemah, tp senjata."
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd
hambanya? Wahai para lelaki yg beriman,
tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman
lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan
tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai
sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak
mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd
dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat
wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah
kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita
syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak
memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg
suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata
Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah
semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2
mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita
yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan
lelaki yg soleh."
Adik masih x puas ati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi
peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum
penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam
kasih sayang pd penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri
setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas
insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri
wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri.
Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya
runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi
peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan
belum cukup lagi dunia melihat diri mereka.
Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi
psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti
melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah
didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali
mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga
ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad
dalam dunianya sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,
diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk
menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah
dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka
demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga
dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg
solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau
cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2
mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan
cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu
sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini,
tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg
mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term
solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang
mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,
wara' itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'.
Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg
berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya.
Persepsi yg salah pd dua perkataan ini
menjadikan mereka takut untuk berubah kepada
stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi
masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa
tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim
kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan
hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui
apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa
ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...
Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2
merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan
penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan
debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x
berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia
berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu
dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah
di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku
belum dipetik. Lantas ia mtiada siapa yg berani memetiknya.
Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di
dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak
semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih
bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan
hamba yg disayanginya utk memetik di taman
akhirat kelak."
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan
sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg
kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti
kan dia sambung perbualannya dengan penghuni
syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih
jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2
adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya
bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi
bidadari syurga? Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan