Isnin, 12 Disember 2011

ciri-ciri sahabat yang baik...















Carilah Sahabat
NASIHAT IMAM SYAFIE: PANDUAN BERSAHABAT


1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku
mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.
5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta
setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Sumber: SUARA MASJID AL-AZIM

Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. 

Jumaat, 9 Disember 2011

Air Mata Bidadari






air mata bidadari menulis
Setiap detik umur kita pergi,
Pergi tidak akan kembali lagi,
Setiap nafas turun naik mengurangkan lagi,
Dari detik ke minit, dari minit ke saat....

Dia bertambah laju pergi,
Dihakis lagi umur kita, tanpa kita sedari,
Dari saat ke hari, speed kelajuannya bertambah lagi,
Lagi cepat umur kita yang pergi....

Dari hari ke minggu, makin jauh umur kita pergi,
Yang pergi itu tidak berganti,
Yang pergi tetap pergi, yang datang mengurangkan lagi,
Dari minggu ke bulan, bertambah laju umur kita lari....

Lari tidak akan bertemu lagi,
Yang lari tetap lari, tidak kembali,
Dari bulan ke tahun,
Oh makin jauh dia pergi....

Dari tahun ke tahun pacuannya terlalu laju,
Begitulah umur kita pergi, setiap detik dia luak,
Kita merasa umur kita bertambah lagi,
Luak, terus luak, kurang terus kurang,
Kita merasa umur kita bertambah panjang....

Kita pun berangan-angan panjang,
Kerana merasakan hidup panjang lagi.

Tiba-tiba MATI...

Di waktu itu terbeliak biji mata,
Bekalan yang dibawa tiada,
Menyesal sepanjang masa, tidak berkesudahannya.



Ahad, 21 Ogos 2011

laskar pelangi





Hari ni selepas solat zuhur aku terus menuju ke ruang tamu untuk menonton tv...aku menekan butang MENU untuk mencari mana-mana program tv yang menarik...sampai sahaja di chanel 104 aku tertarik dengan tajuk programnya " LASKAR PELANGI"...aku pernah mendengar tajuk ini...seperti jadul novel yang pernah rakan-rakan ku baca...

Hmm tetapi cerita ini sudah sejam setenggah dimainkan...banyak aku tertinggal dah...walaubagaimana pn aku teruskan menonton...tp yang aku nk cerita bukanlah tentang diriku...tapi meseg-meseg yang ada yang ada didalam cerita 'LASKAR PELANGI".....

Subhanallah...Masya-allah....sangat menyentuh hati kecilku...perjuangan kanak-kanak untuk menuntut ilmu penuh dengan sesungguhan....walaupun banyak dugaan yang meminpa mereka terus bangkit demi sebaris ilmu...sungguh menajubkan semangat mereka....semangat yang luar biasa...

Selain itu aku juga terasa terharu dengan akrab persahabatan yang dibina...penuh kejujuran dan keikhlasan...Masya-alllah...sungguh indah persahabatan yang sebegitu rupa...tetapi aku sedih....persahabatan pada masa kini walaupun nampak mesra tapi itu semua penuh kepalsuan...penuh dendam dan hasad dengki....Na'uzubillah...jauhkan lah perasaan itu dari diri ku....

Hmm nak tau lebih lanjut saksikanlah cerite tu sendiri...cari je kat youtube jumpe punye la...taip je "LASKAR PELANGI"...

Jumaat, 19 Ogos 2011

kekuatan yang ada pada wanita




Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum
hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu
sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana
tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku,
kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan
sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai
adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki...
menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr
egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya
wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman
Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan
lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd
hambanya? Wahai para lelaki yg beriman,
tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman
lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan
tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai
sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak
mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd
dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat
wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah
kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita
syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak
memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg
suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata
Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah
semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2
mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita
yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan
lelaki yg soleh."
Adik masih x puas ati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi
peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum
penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam
kasih sayang pd penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri
setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas
insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri
wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri.
Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya
runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi
peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan
belum cukup lagi dunia melihat diri mereka.
Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi
psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti
melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah
didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali
mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga
ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad
dalam dunianya sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,
diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk
menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah
dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka
demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga
dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg
solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau
cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2
mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan
cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu
sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini,
tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg
mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term
solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang
mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,
wara' itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'.
Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg
berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya.
Persepsi yg salah pd dua perkataan ini
menjadikan mereka takut untuk berubah kepada
stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi
masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa
tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim
kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan
hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui
apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa
ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...
Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2
merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan
penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan
debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x
berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia
berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu
dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah
di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku
belum dipetik. Lantas ia mtiada siapa yg berani memetiknya.
Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di
dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak
semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih
bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan
hamba yg disayanginya utk memetik di taman
akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan
sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg
kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti
kan dia sambung perbualannya dengan penghuni
syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih
jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2
adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya
bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi
bidadari syurga? Wallahu'alam.

Hanya KAU yang tahu siapa aku...

Tiada bintang tiada bulan yang menghiasi langit malam itu...langit bagaikan turut menanggis....bagaikan tahu apa yang sedang dialami oleh maria...pada malam itu maria duduk diatas sejadah sambil menadah tangannya...teresak-esak dia di dalam doanya...terasa berat parasaan yang ditanggungnya...mencintai manusia yang tidak pasti itu adalah jodohnya...dia berasa berdosa tatkala ini...hanya satu sahaja tujuannya malam ini...menggadu padaNya yang Maha Mendengar lagi maha mengasihani....

Ya Allah....
hanya Engkau yang tahu siapa aku....
hanya padaMu aku menggadu...

Ya Allah...
 betapa lemahnya aku ketika ini...
hidup tanpa rahmat dan kasih sayang Mu...
jiwa ku kosong...
tanpa merasa kehadiranMu....

Ya Allah...
aku serahkan segalanya padaMu keluh dan kesah yang ku rasa....
kerna Kau Maha mengetahui segalanya...

Ya Allah
hanya kau yang tahu siapa aku....
tetapkanlah iman aku seperti malam ini...
sucikan diriku selama-lamanya...

Ya Allah....
kau ampunilah dosa yang telah ku lakukan...
tiada lagi yang layak memberi pengampunan ini selain diriMu...
kerna Kau lah yang Maha pengampun lagi maha penyayang...

Ya Allah...
kau tetapkanlah keyakinan ku padaMu....
janganlah kau hilangkan rasa ini dari ku Ya Allah....
aku mohon Ya Allah...

Ya Allah...
kaulah pemilik hati ini...
kau lihatlah hatiku ini...
nyaris terluka kerna tersayat....
kerna menagih cinta manusia yang tidak pasti lagi untuk ku...

Ya Allah...
rahsia itu hanya kau yang tahu...
bimbinglah hati ini untuk bersabar menunggu jodohku...
janganlah kau biarkan diri ini dicemari oleh cinta palsu manusia...
aku serahkan segalanya padaMu....

Ya Allah...
aku mohon Ya Allah...
pertemukanlah aku dengan orang yang mencintaiku keranaMu...
dan kau lontarkanlah kedalam hatiku mencintainya keranaMu...
sesungguhnya itulah cinta yang bakal membawaku ke pintu jannah...

ameennn ya Rabal alamin....

habis berdoa maria terus melipat sejadah dan kain telekungnya...dia sekarang merasa labih tenang dari sebelumnya...dia membaca doa sebelum menutup matanya...kini dia dapat tidur dengan lena kerana dia amat yakin dengan rahsia Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuz...dan dia telah berjanji pada dirinya tidak akan menerima cinta mana-mana lelaki sebelum tiba waktu yang sesuai...hanya cinta Allah yang akan bertahta di hatinya ketika ini....






Menanti Cinta OST KCB (Raqib, Faliq ,Fitri, Joe & Khairullah)

Khamis, 21 Julai 2011

sedar atau x??

Assalamualaikum kepada semua sahabatku yang ku kasihi...aku tidak tahu bagaimana ingin memulakan bicara...tetapi adakah kalian semua sedar tanggungjawab kalian SEBAGAI KHLIFAH ALLAH dimuka bumi ini.....SEDAR ATAU TAK????

hmm yang sebenarnya tanggungjawab kite ni BESAR SANGAT....macam iklan maggi tu cakap BESAR PUNYE.....tu la tanggungjawab kite di muke bumi ni sebagai DAEI BESAR SANGAT....tapi kite tak sedar masing-masing buat hal sendiri...bak kate budak-budak zaman sekarang....KUBUR MASING-MASING....INI WA PUNYE HAL LA...LU APE SAL....tu budak-budak atau remaje...kalo orang tua pula haaaa....cam ni dialog die....EH YANG KO SUKE JAGE TEPI KAIN ORANG NI APE SAL.....SUDAH LA  KO TU CAKAP ORANG CAM BEK SANGAT JE....hmmm tu la antara dialog yang biasa dilemparkan semula apabila menerima teguran......

MASYA-ALLAH tak tau la ape nak jadi dengan UMAT AKHIR ZAMAN ni.....SOMBONG,BONGKAH,TAKBUR,BELAGAK....huh semua ade la....tak leh kene tegur sikit...deah melenting....walhal orang nak perbetolkan kesilapannya supaya tidak mendapat kemungkaran dari ALLAH.....

akibatnya...bile kita pergi berjalan-jalan kite lihat antara orang KAFIR dan orang ISLAM...ada beza atau tidak????bagi saya tidak ade perbezaan antara orang KAFIR dan orang ISLAM pada masa kini....buktinya....kita lihat pada golongan MUSLIMAT...kita lihat orang KAFIR pakai tudung atau tidak....kita lihat pulak kaum MUSLIMAT pakai tudung atau tidak....itu dari segi pakaian...dari segi pergaulan??? lihat orang KAFIR bertepuk tampar dengan yang bukan mahram...orang ISLAM kita pun same gak...malah terlebih-lebih....sehinggakan melakukan perkara-perkara yang sumbang....

NAUZUBILLAH....itulah sebab ye ALLAH memerintahkan supaya kita ini MERUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA dan MENJAGA BATAS PERGAULAN KITA....bezakanlah diri nkita sebagai MUKMIN yang sejati janganlah kita biarkan maruah ISLAM itu dipandang serong,dihina dan dikutuk....bangkitlah wahai MUJAHID DAN MUJAHIDAH ISLAM BERJUANGLAH UNTUK AGAMA TERCINTA.....

Sabtu, 16 Julai 2011

bagaikan mimpi

tidak terkata aku tatkala aku sampai di wad ICU...semuanya bagai mimpi...aku melihat sekujur tubuh kecil kaku diatas pangkuan ibunya....sayu aku melihatnya....tidak terkata apa....diusap,dicium,dibelai tubuh kecil itu dengan penuh kasih dan sayang dan bagai tidak mahu berpisah....tatkala doktor mengesahkan pemergianya lagi aku tidak terkata tubuhku menggigil...ketika itu aku melihat kakak ku sudah tidak terkawal dia memeluk erat tubuh suaminya...aku melihat mata abang iparku turut  mula berkaca tetapi ditahan olehnya...mungkin dia tidak mahu isteri menjadi lebih lemah....aku tidak tahan melihat derama itu...aku terus keluar dari wad dan menunggu kehadiran adik beradikku yang lain....

tidak lama kemudian aku melihat beberapa jururawat mengusung jenazah kecil itu aku langsung tidak memandang kearahnya....namun mengiringi jenazah sehingga ke van jenazah...tatkala kain yang menutupi jenayah tadi dibuka aku sekali lagi memalingkan muka ku....aku sudah tidak boleh menahan kesedihanku....aku rasa kosong.....apabila van jenazah beransur pergi aku terus memeluk tubuh wanita yua itu yang ku panggil dengan gelaran "mama"...aku menanggis sepuas-puasnya aku sudah tidak menghiraukan orang yang ada disekelililngku....

tiba-tiba handset ku berbunyi...kakak ku meminta aku menemaninya dan abang iparku didalam van jenazah untuk membawa jenazah kecil itu pulang ke kampung....sepanjang perjalanan aku mengharapkan yang berada di dalam keranda itu bukan DIA tetapi orang lain...tapi apakan daya takdir Tuhan tiada sapa boleh menghalangnya.....sepanjang perjalanan dari hospital ke kampung kami tidak putus-putus membacakan surah Yassin tok jenazah....

dalam sedar dan tidak van sudah memasuki latar rumah kampung kami....aku melihat keliling semua persiapan untuk jenazah sudah disediakan....aku duduk terdiam di sudut rumah selepas bersalaman dengan orang kampung....selepas jenazah disembahyangkan bergilir-gilir kami anak beranak mencium dahi jenazah...aku sungguh sayu tatkala ayahku mencium dahi jenazah penuh rasa kasih sayang dan kehilangan...kini giliran aku...Alhamdulillah air mataku ketika itu sudah kering...sekejap aku menciumnya...jika diikutkan hati ingin saja aku memeluk erat tubuh kaku itu dan tidah mahu berpisah....

kini aku hanya dapat melihat 2 batu nisan di atas pusaranya untuk melepaskan rinduku.....sumpah ketika aku menulis blog ini aku amat merinduinya.....tapi apakan daya....walaubagaimana pun sekarang dia sudah menjadi salah seorang penghuni syurga Allah yang menanti kehadiran ibu bapanya....aku salalu berharap dialah bidadari syurga yang paling cantik...kepada SITI ZULAIKA aku amat menyanyangimu dan merinduimu tiada siapa pun yang dapat mengantimu.....



Ahad, 3 Julai 2011

Seorang gadis itu...




Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

 Seorang gadis itu ... 
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.



Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!





Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

Ahad, 19 Jun 2011

kata-kata hikmah dari Prof D Hamka

"peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba.....datang tak menentu masa.....datang disaat kita kesempitan atau kesusahan....


nilailah peluang itu dengan bijaksana....rebutlah peluang yang besar itu....kerana peluang yang besar itu boleh berlalu secara tiba-tiba.....


jangan jadikan seribu alasan untuk merebut peluang itu....

Jumaat, 18 Mac 2011

wahai asshabab

Wahai asshabab (pemuda),
Laksanakan lah tanggungjawabmu,
Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,
Bukan untuk kamu cercai.

Sedarkah asshabab...
Bahawa wanita itu selembut kapas,
Biarpun kelihatan seperti buluh,
Namun engkau tidak tahu hakikatnya...
Hakikatnya asshabab...
Apabila kau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tidak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik ,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui..
Namun kini,
Asshabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,
Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan sahaja tidak menegurnya,
Malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya...
Sedarlah wahai asshabab...
Tangunggjawabmu amat besar terhadap wanita,
Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama...
Duhai shabab..
Sesungguhnya, kekuatan agama Islam,
Terletak ditangan mu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal...
Oleh itu,
Jagalah agamamu agar terbentuk,
Islam yang sebenar.

rawatlah hatimu...






Ingin ku didik hati ku dengan sifat daripada sepohon pokok,
Ingin ku semaikan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh sepohon pokok,
Ingin ku tabah seperti sepohon pokok,
Ingin ku mengadu kesedihanku kepada Allah,
Kerana Allah jua yang mempunyai kuasa ke atas hati manusia.

Ingin ku contohi sifat sepohon pokok,
 Yang tidak menyimpan dendam dan benci,
Ingin ku balas kekejaman dengan kebaikan,
Tetapi mampukah aku untuk berbuat demikian.

Hatiku tidaklah setabah sepohon pokok,
Hatiku tidaklah semurni sepohon pokok,
Hatiku tidaklah seindah budi pekerti sepohon pokok.
Namun  yang pasti,
Aku akan mencuba untuk mencontohi sifat sepohon pokok itu.




Ya Allah,
Ampunilah dosa kami,
 Kedua ibu bapa kami,
Dan kaum muslimin sekalian,
Berkatilah kami.
Bukakanlah pintu hati kami ke jalan-Mu,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Tetapkanlah hati kami,
Dengan kalam-Mu Al-Quran dan sunnah Rasul-Mu,
Kami bermohon padaMu,
Hanya Engkaulah tempat kami meminta dan mengadu.
Amin.

AKU yang mereka panggil wanita

AKU yang mereka panggil wanita

keimananku hanya
1. kepada ALLAH
2. Kepada Malaikat
3.Kepada Kitab
4.Kepada Rasul
5.Hari Kiamat
6.Qadak dan Qadar

Akhlakku
1.Mencintai ALLAH
2.Cintai Rasul
3. Bersifat benar
4. Bertaubat
5.Bersyukur
6.Bertaqwa
7.Jauhi takabur

Amalan anggotaku
1. Mengucap syahadah
2. Membaca Al-Quran
3.Belajar Ilmu
4.Zikrullah
5.Menjaga lidah lidah dan anggota
6.Berdoa
7.Beristighfar

Tugas untuk diriku
1.Bersuci
2.Tutup Aurat
3.Solat lima waktu
4.Tidak syirik
5.Membayar hutang
6.Beribadah

Untuk keluargaku
1.Bernikah
2.menjaga hak keluarga
3.hormat ibu bapa
4.mendidik keluarga
5.Bersilaturrahim
6.sayang-menyayangi
7.memberi nafkah


'Setiap orang dilahirkan dengan keunikan-keunikan tersendiri.'

* sekadar untuk pengkongsian....

Bidadari syurga!!!!

Bidadari syurga!!!!



Bidadari!!!
Temanilah resah ku….
Bidadari!!!
Tenangkanlah jiwaku…
Sumpah setia hidup mati selamnya kerna kau isteriku isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku….

Bidadari!!!
Jadilah pendampingku…
Bidadari!!!
Jadilah sang setia…
Kerna cinta…
Cinta suci….
Buktinya tidak pernah sepi..
Sepi dari cubaan yang tak terduga…

Kau umpama bintang utara…
Penunjuk jalan yang terang…
Kau beri harapan saat ku jatuh…
Bagun semula….

Dan berikanlah sakti cinta mu…
Penawar racun berbisa….
Dan ikatan kita…
Cinta abadi hanya di syurga!!!!!

Sabtu, 5 Mac 2011

Berbahagialah menjadi seorang musliamh....


Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.

 
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

Sabtu, 12 Februari 2011

tanggungjawab isteri solehah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Asma binti Ahariyah Fazari telah berpesan kepada
puterinya pada hari pernikahan si anak:

"Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di
mana engkau dibesarkan.
Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan seorang yang belum engkau kenali.
Itulah suamimu.
Jadilah engkau tanah kepada suamimu (taat perintahnya) dan dia akan menjadi langit bagimu (pelindung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya.
Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan dia meninggal kan engkau.
Jangan engkau terlampau menjauhkannya agar dia tidak melupakan dirimu.  Kalau dia mendekatimu, dekatilah dia.
Jika dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik.
Pelihara lah suamimu itu benar-benar, hidungnya,
pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah
kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu
melainkan yg harum.
Jangan pula mendengar melainkan yang enak dan
janganlah dia melihat melainkan yg indah sahaja pd
dirimu."

Meskipun begitu besarnya tanggung jawab isteri
terhadap suami,Rasulullah s.a.w melarang taat dlm hal2
yg menderhakai Allah, misalnya suami menyuruh isteri
mendedahkan aurat atau melayan tetamu lelaki tanpa
ditemani olehnya dan sebagainya.

wassalam....

PERKATAAN YANG BAIK TIDAK MUNCUL DALAM JIWA YANG KOTOR
SEPERTI BIJI BENIH TIDAK AKAN TUMBUH PADA TANAH YANG
GERSANG.


19 keistimewaan wanita



19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis
1.     Doa  wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.     Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.     Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut kan Allah .Dan orang yang takut kan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.     Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

5.     Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.     Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.

7.     Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggung jawab, maka baginya adalah  syurga.

8.     Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawab lah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9.     Daripada Aisyah r.a." Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

 

10.     Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup lah  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuk lah dari mana-mana pun  pintu yang dia kehendaki dengan tidak di hisab.

11.     Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
 

12.     Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W  "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya."
 

13.     Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 

14.     Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15.     Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapus kan darinya 1,000 kejahatan.

16.     Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17.     Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18.     Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Sabtu, 5 Februari 2011

siti zulaikha...


hadirmu mengubat kedukaan di jiwa...
senyum manis tawa yang mempersona...
mata yang indah ku pandang tak gundah...
tandanya ku sayang pada mu....

oh Siti zulaikha...
ingin kau mengerti....
dirimu seindah mutiara kekasih...
melakar kisah di kain yang putih...
berseri warnanya dan ceria....

kucipta kalimah syahdu seindah mimpi...
agar kau mengerti apa yang tersirat....
sempurna fitrah bagai perjalanan mentari....
menggamit hati dan menyentuh rasa....
syukurku pada Nya.....

Siti zulaikha....
kau disinari keimanan....
Siti zulaikha...
kau bawa kebahagiaan...
Siti zulaikha...
kau beri cinta kenangan...

pada diri...tulus suci....impian keluarga bahagia......

hadirmu mengubat kedukaan...
senyum manis tawa yang mempersona....
menambahkan kebahagian di jiwa...
tenang bila bersama....

Siti zulaikha...
anugerah dari yang Esa...
Siti zulaikha...
lupakan memori yang duka....
Siti zulaikha...
hiasan hidup yang indah....

kesetiaan...kejujuran...yang kekal kerana Nya...

Siti zulaikha....
berbahagialah kau di sana....
di Syurga Nya yang abadi...
kekal bersama cinta Nya....
yang abadi selama-lamanya....